Tuesday, April 10, 2012

Air Kencing Mengandungi Darah??????


Assalamulaikum, admin juz nak share informasi yang berguna ni. Mybe ada dikalangan kita mengalaminya, admin juga pernah mengalaminya..


Apakah yang patut saya lakukan sekiranya air kencing saya mengandungi darah?

Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria. Secara umumnya, hematuria ini terdapat 2 jenis. Jenis yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop. Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah. Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria. Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar. Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?” Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.


Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.

APAKAH PENYEBABNYA?

Ada banyak sebab terjadinya hematuria. Sesetengahnya tidaklah begitu serius. Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya. Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:
Jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis. Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing, ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.

Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing. Beberapa zat di dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda. Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
Kanser. Dalam beberapa kes, adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda. Namun, sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.

Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.

Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.

Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.

1)Diagnosis

Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan ataumagnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.

2)Rawatan
Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya...



Sunday, April 8, 2012

7 Perkara Punca Sakit Kepala!!!

Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.


Sunday, April 1, 2012

Syukur Dah Beransur Pulih..

Syukur rasanya pagi ni aku dh beransur puih demam semalam... kalu semalam punya mengigil kesejukkan dan ngap-ngap terasa kat kepala nie..pendek kata rase macam bom bazoka nak meletup jer..(poje je hehe)..ape-ape pun harini keadaan dh semakin baik..





ermm demam..

skg ni musim demam agaknya kot??? lemahnya rase badan ni & sengal-sengal jew..
mybe dh lame x demam kot..heheh... kawan2 doakan adel cepat sembuh yer..

Monday, August 15, 2011

JOM LEPAK BERBUKA DI RESTORAN MURNI

Aku suggest korang semua mai try makan kat restoran ni.. ..pasal mmg sedap2 menu-menu yang ada di restoran nie.. yang aku attch ni yang area kepong ja..Korang try ar usha-usha menu-menu.



MEE RAJA..PERGHH SEDAPPPP
PEMANDANGAN LUAR RESTORAN
SET NAPOLEON
CUBA LA TRY..LAZAT NIE
NASI GORENG CHICKEN CHOP

OK LA TAW BEST OR X BEST KORANG LEH G KAT ALAMAT NI:


* MURNI 'S. CAFE
24,Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahaman Kepong Utara,52100, Kuala Lumpur

Monday, March 28, 2011

TENTERA KOREA!!

Korea Utara disebut sebagai Demokratik Rakyat Utara. Tentera-tentera korea nie semuanya mempunyai semangat berani mati..Tue pasal la tentera USA takut nak serang.....

bersemangat..
sebahagian kenderaan peperangan
perbarisan dengan senjata..
raptai yang semangat!!

LAMA GILA!!

Setelah sekian lama xbuka blog ni rase len macam ja..hahha soe ar pada kawan adel lama dh x update blog ni. bukan ape juz bz skit laa...then cam malas lak nak carik info2 hahaha
ape2 pun dlm masa terdekat ni adelkan update blog nie.. so korang wait laa ekk..


muahhaa..